GERAKKAN KUASA PENGGUNA SIRI 1 (12.5.2016)

RUANG BICARA : ASPIRASI ANAK MUDA

Ruang Bicara :SEMANGAT AZAM TAHUN BAHARU

Sabtu, 27 Februari 2016

Satu Garis Panduan DiGubal Bagi Memberi Laluan Kepada NGO Berkerjasama Dengan Agensi Kerajaan Dalam Membantu Gelandangan @tengkuadnanreal @NajibRazak

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM En Yusuf Azmi menghadiri Majlis Pelancaran Pusat Transit untuk Golongan Gelandangan yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak  sebentar tadi di Jalan Pahang Kuala Lumpur



KUALA LUMPUR,27 Februari 2016 – YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak hari ini menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur Di jalan Pahang, Kuala Lumpur.Projekini merupakan inisiatif tanggungjawab social korporat (CSR), Kementerian Wilayah Persekutuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) dan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dalam merealisasikan pembinaan pusat transit gelandangan ini. Dan SHARP Malaysia telah memberi sumbangan berbentuk barangan elektrik untuk digunakan oleh penghuni di Pusat Gelandangan ini.

Turut hadir bersama Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Dan Perlaksaan (ICU JPM)  iaitu Dato' Ahmad Zaki Ansore dan beberapa agensi agensi  kerajaan yang terlibat ke Perasmian Pembukaan Pusat Transit  bagi golongan Gelandangan yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak sebentar tadi.



Sejak mula dibuka pada 10 Februari 2016 pihak Pusat Transit Gelandangan telah menerima kemasukan sebanyak 141 orang dan iaitu 111 orang lelaki dan 20 orang wanita, sumbangan ini telah ditaja oleh pihak PUNB berbentuk wang tunai sebanyak RM20,000,00 bagi menampung kos operasi harian Pusat Transit Gelandangan KL. Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan telah menggubal satu garis panduan berhubung aktiviti penyediaan dan pengagihan dalam pemberian makanan akan dikendalikan oleh pihak NGO NGO di yang sedang bergerak aktif di dalam kawasan Kuala Lumpur. Bagi pihak NGO yang ingin membantu pihak gelandangan ini diwajibkan untuk mendaftar kepada pihak DBKL atau kepada Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya mengelakkan pembaziran berlaku ketika pengagihan makanan.

En Yusuf Azmi bersama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan cuba menceritakan sesuatu kepada Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Seri Haji Hasim berbaju putih dan bersama beliau adalah Datuk Rahimi Rejab Setiausaha Sulit Kanan Kepada YB Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor


Disamping itu juga pihak Kementerian Wilayah Persekutuan mewujudkan satu inisiatif pusat sehenti bagi golongan gelandangan ini supaya golongan gelandangan ini akan memulakan langkah kehidupan baru untuk mereka berusaha mencari peluang perkerjaan dan disamping itu juga mereka dapat menyalurkan perkhidmatan mereka untuk membantu Agensi Agensi Kerajaan mengikut keperluan yang bakal disediakan oleh pihak kerajaan.


Perbincangan Khas Ustaz Abdul Halim Bersama Artis Terkemuka Dalam Mewujudkan Satu Program Television Berbentuk Telemovie #yusufazmi #anakmuda

Ketua Unit Pembangunan Modal Ihsan PPIM Ustaz Abdul Halim telah mengadakan satu perbincangan khas bersama sama pelakon popular iaitu Dato Jalalluddin Hassan ,Zed Zaidi , Ezaty Aishah Alias dan ramai lagi artis terkemuka dalam mewujudkan satu Program Telamovie berbentuk Keugamaan Bagi Program Memupuk Kesedaran Perjuangan Anak Muda 


Satu perbincangan khas antara Ustaz Abdul Halim selaku Ketua Unit Pembangunan Modal Ihsan PPIM telah berbincang dengan artis terkemuka iaitu Dato Jalaluddin Hassan dan beberapa artis terkenal seperti pelakon Zed Zaidi , Ezaty,, Aishah Alias dan ramai lagi artis artis yang akan turut serta untuk membantu bagi mewujudkan satu program televison berunsur Telemovie Agama yang mengesahkan seorang anak muda Mutawwif yang terpaksa melalui kehidupan yang penuh cabaran pada masa kini dalam telemovie ini mengisahkan bagaimana seorang anak muda yang terpaksa melalui liku liku kehidupan yang harus ditempoh oleh anak muda pada masa kini. Dan kisah ini juga akan dijadikan contoh kesedaran serta tauladan untuk generasi pada ketika ini dalam erti kata “HIDUP HARUS DITERUSKAN” . Dalam perbincangan tersebut mereka telah bersetuju memilih salah satu lokasi di Mekah sebagai satu lokasi lakonan yang bakal dipertontonkan kepada anak muda tidak lama lagi.






Jumaat, 26 Februari 2016

Kunjungan Hormat En Yusuf Azmi Dengan Presiden Perbadanan Putrajaya Dalam Memupuk Kesedaran Perjuangan Anak Muda #yusufazmi #anakmuda


26 / 2 / 2016 - Putrajaya satu Lawatan Kunjungan Hormat dari Unit Tindakan Khas PPIM En Yusuf Azmi selaku Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM ke Perbadanan Putrajaya untuk membuat kunjungan hormat ke atas Datuk Seri Haji Hasim selaku Presiden Perbadanan Putrajaya  bagi mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara pihak Unit Tindakan Khas PPIM bersama Perbadanan Putrajaya. Dalam lawatan tersebut beberapa aktivis PPIM juga turut hadir seperti Datuk Iskandar, Encik Syed Kamarul dan Encik Hisham yang mewakili PPIM bagi membincangkan Program Memupuk Kesedaran Perjuangan Anak Muda yang akan berlangsung tidak lama lagi.


Dalam pertemuan tersebut banyak perkara yang telah dibincangkan oleh Pihak PPIM dengan Perbadanan Putrajaya bagi mengadakan satu Program Jelajah Memupuk Kesedaran Perjuangan Anak Muda yang akan dilakukan di setiap Surau Surau ,Masjid  dan di sekolah sekolah yang berada didalam Kawasan Putrajaya. Dalam Ceramah tersebut En Yusuf Azmi telah mengambil pendekatan untuk mendekati golongan muda ini supaya generasi muda ini tidak terlibat dalam kancah kemaksiatan dan perjudian. Supaya anak muda pada masa kini mempunyai jiwa sebagai seorang pemimpin yang disegani dan kita tidak lagi mahu melihat anak muda pada masa kini hanya menjadi seorang pengikut khususnya kepada orang melayu yang beragama islam mempunyai jiwa sebagai seorang pemimpin yang berkarisma.






Khamis, 25 Februari 2016

24.2.2016 kerjasama KWP, PPIM dan PERKID dalam OPS BAH 21 #YusufAzmi #AnakMuda

Pihak PPIM menghadiri satu mesyuarat Khas bersama Agensi Agensi Kerajaan berserta NGO NGO bagi membenteras pusat Karaoke dan Pusat Perjudian
" OPS BAH 21"

















Isnin, 22 Februari 2016

Aktiviti Aktiviti Yang Dijalankan Dalam Memupuk Kesedaran Perjuangan Anak Muda - Yusuf Azmi 2016


22 / 2 / 2016 - Dalam Program Memupuk Kesedaran Perjuangan Anak Muda En Yusuf Azmi selaku Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM telah berusaha memperjuangkan akidah anak muda yang terlibat dalam kancah kemaksiatan yang selama ini tidak dapat dibendung oleh pihak berkuasa. Sebanyak 21 siri operasi (OPS BAH) telah dijalankan anjuran Pusat Agensi Kerajaan bersama sama NGO NGO yang terlibat telah menyerbu pusat pusat perjudian, pusat hiburan dan pelbagai lagi.

Ketua Setiausaha Kem. Wilayah Datuk Seri Adnan bersama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan turut hadir dalam serbuan di pusat perjudian disekitar pusat Bandar Kuala Lumpur


Demi langkah tersebut Pengarah Unit Tindakan Khas En Yusuf Azmi mengambil pendekatan dan cuba mewujudkan satu Program Memupuk Kesedaran perjuangan Anak Muda yang telah dirasmikan oleh Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan dan En Yusuf Azmi melihat generasi muda boleh mendapatkan pelbagai info Anak Muda  Klik Di Sini 


Disamping itu juga En Yusuf Azmi telah banyak memberikan sedaran kepada anak muda dalam bentuk bentuk ceramah serta sessi soal jawab di dalam Radio Bernama24 untuk mendengar Klik Disini. Bukan itu sahaja malah  En Yusuf Azmi mengajak Generasi Muda iaitu anak muda pada masa kini dapat bersama sama PPIM bagi membela nasib golongan Asnaf dan dapat membantu program anak Palestin.




Mesyuarat Penyelarasan Operasi Benteras Aktiviti Haram (OPS BAH) Siri Ke 21 - Yusuf Azmi 2016


22 / 2 / 2016 - Satu Mesyuarat Penyelarasan Operasi Benteras Aktiviti Haram (OPS BAH) Siri ke 21 antara Pihak PPIM bersama Kem Wilayah Persekutuan yang diadakan pada petang tadi bertempat di Menara Seri Wilayah Presint 2 Putrajaya 


Isu isu yang diperbincangkan adalah berkaitan dengan isu Dadah, Maksiat, Hiburan, Pendidikan, Rumah Urut dan Pusat Pelacuran yang semakin berluasa seperti cendawan tumbuh disekitar pusat bandar Kuala Lumpur. Dan operasi ini pihak Kem Wilayah Persekutuan amat berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak Unit Tindakan Khas PPIM diatas pretasi yang ditunjukan oleh aktivis aktivis PPIM begitu cemerlang.





MESYUARAT KERTAS KERJA PROGRAM MEMUPUK KESEDARAN ANAK MUDA

Mesyuarat persediaan kertas kerja serta perbincangan siri jelajah Program Memupuk Kesedaran Anak Muda tahun 2016.

Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Yusuf Azmi ini juga menekankan hala tuju dan pendedahan yang akan diberikan didalam program bagi memastikan persediaan dan apa yang perlu dilakukan oleh anak muda.



PROGRAM MEMUPUK KESEDARAN ANAK MUDA PUPUK SEMANGAT KEPIMPINAN DARI PERINGKAT AWAL

Program Ceramah Kepimpinan Anak Muda  telah dianjurkan oleh Sekolah Kluster Kecemerlangan SMK Seri Bintang Utara, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur dan ceramah Kepimpinan Anak Muda telah disampaikan oleh Pengarah Program Memupuk Kesedaran Perjuangan Anak Muda, En Muhammad Yusuf Azmi dan beliau selaku Pengarah Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Dalam ceramah tersebut En Yusuf Azmi telah mengatakan bahawa kepimpian yang ada pada masa kini datang nya dari peringkat sekolah dan beliau mengeru kepada murid murid sekolah pada masa kini haruslah membenarkan diri mereka di didik oleh guru guru yang iklas untuk mendidik mereka supaya mereka menjadi seorang insan yang disegani pada masa yang akan datang.


Menurut Pengetua SMK Seri Bintang Utara, Pn Hjh Siti Rogayah Binti Yahya sambutan pada kali ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dan Pengetua sekolah tersebut mengatakan sambutan sambutan pada kali ini amat memberangsangkan olehpara pelajar tentang Kesedaran Kepimpinan  Anak Muda yang harus dilalui oleh anak muda pada masa kini.


Disamping itu juga Pengetua Sekolah Kluster SMK Seri Bintang Utara telah membawa En. Yusuf Azmi Pengarah Program Memupuk Kesedaran Perjuangan Anak Muda melihat dan meninjau ke sekitar kawasan persekolahan dan di situ juga En Muhammad Yusuf Azmi bertemu ramah dan beramah mesra dgn pelajar pelajar di SMK Seri Bintang Utara,  Tmn Shamelin Cheras Kuala Lumpur.

Program Ceramah Kepimpinan Anak Muda  telah dianjurkan oleh Sekolah Kluster Kecemerlangan SMK Seri Bintang Utara, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur dan ceramah Kepimpinan Anak Muda telah disampaikan oleh Pengarah Program Memupuk Kesedaran Perjuangan Anak Muda, En Muhammad Yusuf Azmi dan beliau selaku Pengarah Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Dalam ceramah tersebut En Yusuf Azmi telah mengatakan bahawa kepimpinan yang ada pada masa kini datang nya dari peringkat sekolah dan beliau mengeru kepada murid murid sekolah pada masa kini haruslah membenarkan diri mereka di didik oleh guru guru yang iklas untuk mendidik mereka supaya mereka menjadi seorang insan yang disegani pada masa yang akan datang.Menurut Pengetua SMK Seri Bintang Utara, Pn Hjh Siti Rogayah Binti Yahya sambutan pada kali ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dan Pengetua sekolah tersebut mengatakan sambutan pada kali ini amat memberangsangkan para pelajar tentang Kesedaran Kepimpinan  Anak Muda serta cabaran yang harus dilalui oleh anak muda pada masa kini.

Disamping itu juga Pengetua Sekolah Kluster SMK Seri Bintang Utara telah membawa En Yusuf Azmi Pengarah Program Memupuk Kesedaran Perjuangan Anak Muda melihat dan meninjau ke sekitar kawasan persekolahan dan di situ juga En Muhammad Yusuf Azmi sempat bertemu ramah dan beramah mesra dgn pelajar pelajar di SMK Seri Bintang Utara,  Tmn Shamelin Cheras Kuala Lumpur.