GERAKKAN KUASA PENGGUNA SIRI 1 (12.5.2016)

RUANG BICARA : ASPIRASI ANAK MUDA

Ruang Bicara :SEMANGAT AZAM TAHUN BAHARU

Sabtu, 4 Jun 2016

UPDATE : UMRAH BACKPACKER (NEGARA INDIA) #AnakMuda #AMIM


27/5/2016

Kami bangun pagi dan pergi ke masjid untuk menunaikan solat subuh serta mandi di sana.
Farith zul menahan beca dan bertanya tentang masjid terdekat. Menurut pak cik beca berkenaan masjid terdekat ada di bahagian belakang, masalahnya bahagian berkenaan merupakan kawasan hitam dan menyuruh kami ke masjid di bahagian depan. Kami bersetuju disebabkan subuh dah nak masuk.

Selepas solat subuh, farith zul mandi dan kami bergerak pulang dari masjid. Selepas itu, kami ke New Delhi Station untuk membeli tiket.

Sampai di station aku dimaklumkan tiket untuk ke Attari hanya boleh dibeli di Old Delhi Station. Manakala tiket farith zul tidak dapat di beli di kaunter warga asing disebabkan beliau pelajar dan mesti beli di kaunter biasa.

Kami bergerak ke masjid untuk solat dan selepas itu kami ke madrasah kasih moo ulong. Faith zul menganturkan supaya aku bermalam di sana bagi menjimatkan duit belanjan. Syukur semua dipermudahkan.

Selapas itu, aku bergerak ke Old Delhi Station dengan menggunakan Metro. Syukur tiket ada pada hari ahad dan rabu sahaja. Aku memilih untuk bertolak pada hari ahad. Hanya ada 2 kali seminggu untuk ke Attari.




Selepas itu, aku bertolak pulang ke madrasah. Sampai di sana aku disambut mesra oleh kanak kanak yang ada di sana. Di madrasah ini menempatkan 50 orang pelajar dan sekarang musim cuti dan semua pulang ke kampung. Hanya ada tiga orang pelajar sahaja yang tidak pulang.

Semasa hendak solat asar, semua orang memandangku dengan wajah yang pelik. Buda Dua tiga kali aku ditanya dan disuruh mengambil air sembahyang. Berkali kali aku cuba menjelaskan aku sudah jamak. Tapi biasalah masalah bahasa macam itik dangan ayam.

Selamat ada yang faham bahasa orang putihku. Dia menjelaskan kepada maulana dan maulana menyuruhku berada di luar kawasan solat bagi mengelakkan fitnah.

Sebelah malam aku di jamukan dengan capati dan kari kambing. Mula mula terkejut juga, satu periuk besar dia masak. Dalam hati siapa nak makan banyak macam ni. Akhirnya kari tadi dimasak sampai jadi kering hampir 3/4 dan ditukar ke periuk kecil.

Aku disediakan satu bilik di sana untuk aku bermalam. Syukur biliknya sangat selesa.
26/05/2016
New Delhi

Kereta api tiba di New Delhi Railway Station jam 6 pagi. Keadaan di Delhi sangatlah teruk dan sangat tidak sempurna. Orang yang ramai, setiap orang diperiksa dan beg discan.

Persekitaran jangan ditanya. Memang sangat kotor dan menjijikan. Free toilet di mana sahaja. Silap langkah habislah terpijak hehehehe.
Aku bergerak ke kedutaan Malaysia bagi tujuan menlaporkan kehadiranku di India. Dari new dehli aku ke kedutaan dengan menggunakan metro subway.
Aku disambut oleh pegawai konsul en adnan. Beliau menerangkan serba sedikit serta memberi nasihat dan juga memgambil butiran peribadiku. Setelah selesai aku bertolak ke Araskasha Road untuk menginap di sana di bilik berharga 300 rupee dengan berjalan kaki sejauh 7.5km ditambah dangan beg hampir 23kg. Memang penat dan letih. Semasa berjalan aku ditahan oleh polis dan diarah ke tepi jalan dan dihalang untuk meneruskan perjalanan. Aku cuba mendapatkan perjelasan tetapi gagal. Setelah 20 minit satu konvoi kereta polis dan vvip melalui jalan berkenaan. Selepas itu, aku dibenarkan meneruskan perjalananku.
Semasa perjalanan aku agak terkejut dangan bilangan manusia yang ramai dan dengan sikap manusia yang teruk. Dengan hon kenderaan yang bising. Bau sisa buagan manusia dan yang paling aku terkejut, seorang ibu menyuruh anaknya menbuang di laluan utama pintu keluar dari station kereta api.

Tidakah mereka merasa segan atau bersalah dengan sikap mereka. Jawapannya tentu tidak sama sekali.

Selepas jumpa hotel. Aku menghubungi Farith Zul untuk bertanya beliau berada. Semasa perjalanan aku ada masej beliau dan beliau memberitahu didalam perjalanan ke Delhi. Semasa di kedutaan farith zul ada membalas mesajku dan memberitahu beliau telah sampai di Dehli tetapi ada masalah yang perlu diuruskan.

Kira -kira jam 8pm, farith zul sampai di hadapan tempat penginapanku. Selepas itu, mengangkat beg beliau ke bilikku, kami bersama sama ke maskas di Nizamuddin. Untuk maklumat semua, disini Maskas Nizamuddin dan masjid Nizamuddin dua tempat yang berbeza. Masjid Nizamuddin yang selalu backpacker malaysia pergi dikenali sebagai Nizamuddin Dargha. Maafkan saya, saya tidak dapat nak ulas panjang temtang masjid ini.

Di maskas nizamuddin, aku jumpa beberapa kumpulan orang dari Malaysia. Ada yang dari Perak dan Selanggor dan lain lain.

Selepas kami pulang dari maskas, kami diberitahu tempat yang kami tinggal adalah black area dan kami disuruh untuk tidak keluar pada waktu malam dan awal pagi.