GERAKKAN KUASA PENGGUNA SIRI 1 (12.5.2016)

RUANG BICARA : ASPIRASI ANAK MUDA

Ruang Bicara :SEMANGAT AZAM TAHUN BAHARU

Jumaat, 1 April 2016

KARNIVAL RAKYAT 26 & 27 MAC 2016 pupuk silaturrahim. #AnakMuda #YusufAzmi


26 dan 27 Mac 2016, KARNIVAL RAKYAT yang diadakan pada hari tersebut mencapai sasaran penganjur yang telah mencatat kehadiran serama 5,000 pengunjung..buat pertama kalinya karnival ini memperkenalkan kepada pengunjung produk jualan keluaran tempatan, selain itu karnival ini juga mendapat sokongan dari beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), BOMBA, dan Kementerian Wilayah Persekutuan yang turut membuka gerai pendaftaran dan Pameran Runah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) kesihatan dan lain-lain serta beberapa badan bukan kerajaan NGO.

Karnival yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) dan MSN World Trading ini yang disokong oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysis (PPIM) dan Yayasan Patriot Malaysia (YPNM) bertujuan untuk memupuk dan melatih golongan generasi Y yang akan memimpin negara kelak supaya bersifat lebih cintakan negara. Penerapan beberapa aktiviti sukan rakyat dan pertandingan dalam karnival ini bertujuan untuk merapatkan silaturrahim dan mewujudkan sifat persaingan secara sihat. Sebanyak 100 gerai perniagaan untuk usahawan bumiputera dan pameran disediakan.

Karnival Rakyat ini telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor pada 26 Mac 2016 jam 10.30 di pentas utama karnival Rakyat Taman Tasik Dato ' keramat dan perasmian penutup disempurnakan oleh YB Datuk Johari Abdul Ghani Timbalan Menteri Kewangan. Turut hadir adalah YBhg Datuk Nadzim Johan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Seri Amir, Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Encik Muhammad Yusuf Azmi, Pengerusi Persatuan Anak Muda Islam Malaysia ( AMIM).

Kehadiran beberapa selebriti terkenal tanahair seperti Ikram Dinzly, Nasir Bilal Khan, Man Raja Lawak, program pengisian ilmu oleh Ustaz Akhil Hayy, Uztaz Abdul Halim Ekhsan, Ustaz Imam Muda Hassan, Ayah Epin Keramat (EPANCO) dan juruhebah dari Radio BERNAMA 24 dan wakil-wakil NGO memeriahkan lagi karnival.

Selain daripada aktiviti perniagaan dan riadah, Karnival Rakyat ini juga telah berjaya menarik minat golongan muda yang beragama Islam untuk duduk bersama-sama bagi mengikuti program ceramah yang telah diadakan pada sebelah malam.

#AnakMuda
#YusufAzmi

GAMBAR : GALERI KARNIVAL RAKYAT