GERAKKAN KUASA PENGGUNA SIRI 1 (12.5.2016)

RUANG BICARA : ASPIRASI ANAK MUDA

Ruang Bicara :SEMANGAT AZAM TAHUN BAHARU

Sabtu, 18 Jun 2016

Kunjungan Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak ke Masjid Jamek Kg.Bharu. #‎AnakMuda‬ ‪#‎YusufAzmi‬ ‪#‎AMIM‬ ‪#‎JihadEkonomi‬

Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan kunjungan ke Masjid Jamek Kg.Bharu dan menyampaikan sumbangan bubur lambuk.Turut serta dalam kunjungan ini Timb.Men.Kewangan Datuk Johari dan Datuk Bandar Kuala Lumpur serta Datuk (KSU) Datuk Seri Adnan dan Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Fauzi.Majlis yang diselia oleh Perbadanan Kg.Bharu ini turut dihadiri Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Saudara Yusuf Azmi serta Timbalan Pengerusi Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) Ustaz Abdul Halim dan beberapa anggota AMIM yang lain.Y.A.B Perdana Menteri juga sempat beramah mesra bersama pengunjung-pengunjung yang hadir.








Khamis, 16 Jun 2016

Mesyuarat Sekretriat Akta 355 di Bangunan Annex Mahkamah Syariah Putrajaya (Khamis) 16.6.2016 #‎AnakMuda‬ ‪#‎YusufAzmi‬ ‪#‎AMIM‬ ‪#‎JihadEkonomi

Satu Mesyuarat Seketriat Akta 355 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bangunan Annex Mahkamah Syariah Putrajaya.Turut Hadir Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) saudara Yusuf Azmi serta Ketua Operasi Biro Ekonomi Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) Saudara Zainudin Razali dan beberapa anggota AMIM dan anggota PPIM yang lain.


Mesyuarat membincangkan tentang isu berbangkit berkaitan akta 355 yang diusul oleh Ahli Parlimen Marang di Parlimen bulan lepas.Beberapa badan bukan kerajaan (Ngo) Islam yang lain turut hadir bagi menyokong akta tersebut dalam usaha memartabatkan undang-undang Syariah sekali gus Mendaulatkan kesucian Agama Islam di Negara ini.