GERAKKAN KUASA PENGGUNA SIRI 1 (12.5.2016)

RUANG BICARA : ASPIRASI ANAK MUDA

Ruang Bicara :SEMANGAT AZAM TAHUN BAHARU

Jumaat, 4 Mac 2016

Futsal Aktiviti Riadah PPIM bersama #Yusufazmi #AnakMuda




Futsal salah satu aktiviti riadah bagi warga PPIM bersama Pengarah Unit Tindakan Khas En Yusuf Azmi disamping itu turut Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan turut hadir memberi sokongan bagi Memupuk Kesedaran Perjuangan Anak Muda dengan aktiviti aktiviti yang lebih  sihat.


Rabu, 2 Mac 2016

2.3.2016 : PPIM DAN KPDNKK TUBUH SEKRETARIAT PENYELESAIAN ISU PENGGUNA #YusufAzmi #AnakMuda

2 / 3 /2016 - Kuala Lumpur satu perbincangan dengan pengarah KPDNKK Kuala Lumpur tentang isu semasa, penekanan penyelesaian isu berkaitan sindiket gores dan menang, Ah long, perumahan dan akan wujudkan sekretariat antara PPIM dan KPDNKK Bahagian Kuala Lumpur.




1.3.2016 : SESI PERBINCANGAN KHAS BERSAMA YB. TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN MENGENAI KESELAMATAN JALAN RAYA ‪#‎YusufAzmi‬ ‪#‎AnakMuda‬


Bersama YB. Timbalan Menteri Pengangkutan




KERJASAMA ANTARA PPIM DAN PENGERUSI BIRO AGAMA UMNO BAHAGIAN PUTRAJAYA BAGI PROGRAM MEMUPUK KESEDARAN PERJUANGAN ANAK MUDA #YusufAzmi #AnakMuda


2 / 3 / 2016 - Putrajaya satu perbincangan antara Pihak PPIM diketuai En.Yusuf Azmi dan Tuan Syed Kamarul Bersama Tuan Haji Alias Bin Haji Mohd Rejab Pengerusi Biro Agama Umno Bahagian Putrajaya. Siri Jelajah Memupuk Kesedaran Perjuangan Anak muda di 53 surau dan Masjid Putrajaya dan 24 buah sekolah. 



Turut hadir sama dalam sessi perbincangan tersebut Ketua Penerangan UMNO Bhg Putrajaya merangkap Timbalan Pengerusi Komuniti Penduduk Putrajaya iaitu Tuan Haji Roslan Bin Abu Hanif amat berbesar hati kehadiran daripada pihak PPIM iaitu Pengarah Unit Tindakan khas En Yusuf Azmi dalam menganjurkan ceramah kesedaran kepada pengguna yang mungkin akan dilaksanakan tidak lama lagi.





Selasa, 1 Mac 2016

HINA PEMIMPIN : PPIM gesa pihak berkuasa ambil tindakan terhadap pemilik laman sosial Facebook yang biadap #YusufAzmi #AnakMuda


1.3.2016 : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuat laporan polis terhadap laman sosial Facebook milik 'Doris Jones' yang telah melakukan satu penghinaan terhadap pimpinan Kerajaan. Pertubuhan Bukan Kerajaan PPIM yang diketuai oleh Datuk Nadzim Johan mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang tidak bertanggungjawab terhadap pemimpin negara, "perbuatan ini menggambarkan imej yang tidak baik dan didefinikasikan sebagai satu hasutan. Kami mengharap pihak berkuasa PDRM mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemilik laman sosial Facebook tersebut dengan segera." katanya semasa ditemubual.






Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi jam 10.00 pagi tadi juga menggesa pihak berkuasa memberi perhatian sewajarnya memandangkan ia melibatkan pimpinan negara yang turut mencalar nama negara.