GERAKKAN KUASA PENGGUNA SIRI 1 (12.5.2016)

RUANG BICARA : ASPIRASI ANAK MUDA

Ruang Bicara :SEMANGAT AZAM TAHUN BAHARU

Khamis, 10 Mac 2016

Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (PAMIM) adakan siri Jelajah Anak Muda Bagi Memupuk Kesedaran Perjuang Anak Muda - Harian Metro

Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (PAMIM)
adakan siri Jelajah Anak Muda- Harian Metro 

Kuala Lumpur 10 / 3 / 2016 – Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (PAMIM) akan mengadakan satu siri jelajah dikenali Jelajah Anak Muda untuk memberikan penerangan kepada generasi baru mengenai hak sebagai seorang pengguna khususnya dalam konteks Negara ini. 

Pengerusinya En Yusuf Azmi berkata, ia akan dimulakan dalam masa terdekat selepas mengambil kira maklum balas daripada pengguna yang membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terutamanya membabitkan kes ceti haram serta gores dan memang. 

Katanya, program berkenaan juga akan membawa isu semasa seperti penipuan sama ada oleh individu atau sendikitkerana kebanyakan yang menjadi mangsa adalah golongan muda yang tidak mengetahui hak sebagai pengguna. 

“Diatas kesedaran itu,PAMIM yang juga sayap PPIM berusaha mendekati anak muda pada zaman ini kerana mereka lah akan bakal melahirkan generasi akan datang yang kita harapkan akan sentiasa berpegang kepada agama dalam setiap aspek kehidupan serta memiliki keperibadian murni 

“PAMIM juga ditubuhkan untuk membentuk anak muda berani menghadapi cabaran serta lebih berdaya saing untuk maju ke depan bagi membela agama , bangsa dan Negara.” Katanya kepada Harian Metro. 

En Yusuf Azmi yang juga aktivis PPIM berkata, berdasarkan pengalaman, pihaknya mendapati ramai anak muda ‘Kalah’ dengan persekitaran dan mudah dipengaruhi unsur negatif menyebabkan mereka tidak fokus kepada hala tuju sebagai seorang islam sejati. 

Untuk itu katanya, pelbagai program menerusi pendekatan lebih mesra berbentuk percambahan minda yang berkisar kepada permasalahan semasa dalam kalangan anak muda serta penerimaan islam secara mengeluruh.

Isnin, 7 Mac 2016

Kursus Pemantapan Aura Tenaga Dalam Boleh Hubungi 019-6655544


Kursus Intensif ke-5 PEMANTAPAN AURA TENAGA DALAM yang akan diadakan pada 
12 Mac 2016 di Kuala Lumpur 
20 Mac 2016 di Melaka 
    1. Fokus Minda
    2. Aura Tenaga Dalam
    3. Buang Penyakit
    4. Pengisian Tenaga
    5. Jurus Jarak jauh
    6. Scanning Minda
    7. Scanning Getaran
    8. Scanning Cahaya
    9. Pengasihan
    10. Ajian Sekilan
    11. Gerak Jiwa Ilham
    12. Meraga Sukma
    13. Tarikan Sukmaraga
Kepada sesiapa yang berminat boleh mendaftar dengan segera di talian 019-6655544