GERAKKAN KUASA PENGGUNA SIRI 1 (12.5.2016)

RUANG BICARA : ASPIRASI ANAK MUDA

Ruang Bicara :SEMANGAT AZAM TAHUN BAHARU

Sabtu, 28 Mei 2016

AMIM HADIRI MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN DIANTARA HALAL RETAIL ASIA & MAHIEZ ALLIANCE GROUP (CHINA) #AnakMuda #YusufAzmi #AMIM #JihadEkonomi

27.5.2016 : AMIM  HADIRI MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN DIANTARA HALAL RETAIL ASIA & MAHIEZ ALLIANCE GROUP (CHINA) di Gemas, dalam masa yang sama, AMIM juga dalam usaha mencari ahli usahawan bumiputera yang berpotensi untuk diketengahkan bagi mencapai Misi dan Visi yang ditetapkan.












PENGERUSI AMIM TERIMA ANUGERAH KEPUJIAN BAKTI BELIA TAHUN 2016 #AnakMuda #YusufAzmi #AMIM #JihadEkonomi

Pengerusi AMIM telah dianugerahkan ANUGERAH KEPUJIAN BAKTI BELIA TAHUN 2016 sempena Sambutan Hari Belia Negara 2016 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kuala Lumpur. Anugerah ini ditandatangani oleh YBHG. DATUK HJH NOR 'AINI BINTI ABDUL WAHAB Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan YBHG. HAMIZI BIN MAT JUAH Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan.




Jumaat, 27 Mei 2016

25/5/2016 Majlis Perjumpaan AMIM dengan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Abdul Aziz Ishak ‪#‎Anakmuda‬ ‪#‎YusufAzmi‬ ‪#‎AMIM‬ ‪#‎JihadEkonomi‬

Tarikh: 25/5/2016
Masa : 3.30pm
Tempat: Pejabat Urusan Utusan Malaysia.
Majlis Perjumpaan AMIM dengan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Abdul Aziz Ishak. AMIM melantik Datuk Abdul Aziz sebagai Penasihat Kehormat AMIM bagi memberi bimbingan berterusan dalam semua strategi AMIM. Sijil Watikah Pelantikan disampaikan oleh Pengerusi AMIM kepada Datuk Abdul Aziz Ishak disaksikan oleh kakitangan AMIM.



















Khamis, 26 Mei 2016

AMIM cadang sistem kerja 10 jam sehari #AnakMuda #YusufAzmi #AMIM #JihadEkonomi

PENGARANG Utusan Malaysia, Zulkefli Hamzah (kanan) memberi penerangan mengenai isi kandungan akhbar Utusan Malaysia kepada Ahli Jawatankuasa AMIM diketuai Yusuf Azmi (dua kanan) di Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 25 Mei – Pelaksanaan sistem kerja 10 jam sehari berupaya menyumbang kepada peningkatan produktiviti pekerja yang beragama Islam di negara ini.
Pengerusi Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM), Yusuf Azmi berkata, lapan jam perlu diperuntukkan sepenuhnya untuk bekerja manakala baki dua jam lagi untuk waktu makan dan solat.
“Majikan boleh mempertimbangkan saranan ini sebagai salah satu kaedah bagi memastikan pekerja mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas masing-masing.
“Kaedah ini telah dilaksanakan di pejabat AMIM dan terbukti berkesan dalam memupuk disip­lin yang tinggi dalam kalangan pekerja,” katanya ketika me­ngadakan lawatan bersama 10 ahli jawatankuasa AMIM ke Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini hari ini.
Sementara itu, Yusuf membe­ritahu, AMIM yang ditubuhkan pada 26 Mac lalu memberi tumpuan kepada agenda memangkin kesedaran golongan muda Me­layu dan Islam terhadap isu agama, ekonomi serta sosial.
Menurut beliau, buat permulaan, aspek pemerkasaan ekonomi golongan muda Melayu dan Islam akan diberi keutamaan.
“Kita akan mengetengahkan konsep etika perniagaan Islam serta menggalakkan jualan produk yang dihasilkan sepenuhnya oleh usahawan Melayu dan Islam,” jelasnya.
Yusuf berkata, inisiatif lain yang dirancang AMIM terma­suk pembangunan modal insan berkualiti, membantu golongan muda mencari pekerjaan serta penganjuran kelas agama dan fardu ain.

Sumber:  http://www.utusan.com.my/berita/nasional/amim-cadang-sistem-kerja-10-jam-sehari-1.334680#sthash.kzoKScQC.dpuf

Selasa, 24 Mei 2016

PERLU TERTAKLUK PADA PERATURAN SAMA #AnakMuda #YusufAzmi #AMIM

Kuala Lumpur: Satu penetapan khusus perlu dikuatkuasakan pihak berwajib bagi memastikan pemandu Uber dan GrabCar tertakluk kepada peraturan dan sistem sedia ada di negara ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, cadangan itu dirasakan perlu kerana pihaknya menerima banyak aduan mengenai industri itu terutama membabitkan soal keselamatan penumpang.

Katanya, ketika ini mereka tidak berada dalam kawalan seperti pemandu teksi dan boleh lari daripada tanggungjawab sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

"Kita perlukan satu kawalan khusus seperti juga pemandu teksi. Pemandu Uber dan GrabCar sepatutnya tidak terkecuali daripada menggunakan lesen kenderaan awam (PSV) kerana mereka juga tertakluk kepada undang-undang.

"Sebagai contoh, kalau kereta itu klon, rosak dan sebagainya tidak ada orang yang tahu. Penumpang yang berada dalam risiko sebenarnya. Sedangkan teksi menjalani pemeriksaan berkala enam bulan sekali," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Kesatuan Pegawai Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia, Hamzah Masri dan Ketua Sekretariat Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) Yusuf Azmi.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/140102