GERAKKAN KUASA PENGGUNA SIRI 1 (12.5.2016)

RUANG BICARA : ASPIRASI ANAK MUDA

Ruang Bicara :SEMANGAT AZAM TAHUN BAHARU

Khamis, 26 Mei 2016

AMIM cadang sistem kerja 10 jam sehari #AnakMuda #YusufAzmi #AMIM #JihadEkonomi

PENGARANG Utusan Malaysia, Zulkefli Hamzah (kanan) memberi penerangan mengenai isi kandungan akhbar Utusan Malaysia kepada Ahli Jawatankuasa AMIM diketuai Yusuf Azmi (dua kanan) di Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 25 Mei – Pelaksanaan sistem kerja 10 jam sehari berupaya menyumbang kepada peningkatan produktiviti pekerja yang beragama Islam di negara ini.
Pengerusi Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM), Yusuf Azmi berkata, lapan jam perlu diperuntukkan sepenuhnya untuk bekerja manakala baki dua jam lagi untuk waktu makan dan solat.
“Majikan boleh mempertimbangkan saranan ini sebagai salah satu kaedah bagi memastikan pekerja mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas masing-masing.
“Kaedah ini telah dilaksanakan di pejabat AMIM dan terbukti berkesan dalam memupuk disip­lin yang tinggi dalam kalangan pekerja,” katanya ketika me­ngadakan lawatan bersama 10 ahli jawatankuasa AMIM ke Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini hari ini.
Sementara itu, Yusuf membe­ritahu, AMIM yang ditubuhkan pada 26 Mac lalu memberi tumpuan kepada agenda memangkin kesedaran golongan muda Me­layu dan Islam terhadap isu agama, ekonomi serta sosial.
Menurut beliau, buat permulaan, aspek pemerkasaan ekonomi golongan muda Melayu dan Islam akan diberi keutamaan.
“Kita akan mengetengahkan konsep etika perniagaan Islam serta menggalakkan jualan produk yang dihasilkan sepenuhnya oleh usahawan Melayu dan Islam,” jelasnya.
Yusuf berkata, inisiatif lain yang dirancang AMIM terma­suk pembangunan modal insan berkualiti, membantu golongan muda mencari pekerjaan serta penganjuran kelas agama dan fardu ain.

Sumber:  http://www.utusan.com.my/berita/nasional/amim-cadang-sistem-kerja-10-jam-sehari-1.334680#sthash.kzoKScQC.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan