GERAKKAN KUASA PENGGUNA SIRI 1 (12.5.2016)

RUANG BICARA : ASPIRASI ANAK MUDA

Ruang Bicara :SEMANGAT AZAM TAHUN BAHARU

Jumaat, 22 April 2016

PPIM BONGKAR PENIPUAN PENJUALAN TELEFON BIMBIT DI PERTAMA KOMPLEKS. #AnakMuda #YusufAzmi #AMIM

Aktivis PPIM, Mohamad Yusof Azmi berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang ramai berkaitan penjualan telefon bimbit klon yang dikatakan asli.

Beliau berkata, modus operandi pemilik gerai telefon itu adalah mempromosikan telefon bimbit asli kepada umum, namun menyerahkan kepada mangsa jenis klon apabila segala urusan pembayaran selesai.

"Malah, pada resit jual beli juga tidak mempunyai harga barangan terbabit dan cop syarikat juga tiada bertujuan mengelirukan mangsanya.

"PPIM menerima lebih 200 laporan sejak 2012 berkaitan penipuan telefon bimbit di pusat membeli belah itu dan tindakan yang diambil ini ada memastikan masalah itu tidak terus berlaku kepada orang ramai," katanya, di sini, petang tadi.