GERAKKAN KUASA PENGGUNA SIRI 1 (12.5.2016)

RUANG BICARA : ASPIRASI ANAK MUDA

Ruang Bicara :SEMANGAT AZAM TAHUN BAHARU

Sabtu, 27 Februari 2016

Satu Garis Panduan DiGubal Bagi Memberi Laluan Kepada NGO Berkerjasama Dengan Agensi Kerajaan Dalam Membantu Gelandangan @tengkuadnanreal @NajibRazak

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM En Yusuf Azmi menghadiri Majlis Pelancaran Pusat Transit untuk Golongan Gelandangan yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak  sebentar tadi di Jalan Pahang Kuala Lumpur



KUALA LUMPUR,27 Februari 2016 – YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak hari ini menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur Di jalan Pahang, Kuala Lumpur.Projekini merupakan inisiatif tanggungjawab social korporat (CSR), Kementerian Wilayah Persekutuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) dan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dalam merealisasikan pembinaan pusat transit gelandangan ini. Dan SHARP Malaysia telah memberi sumbangan berbentuk barangan elektrik untuk digunakan oleh penghuni di Pusat Gelandangan ini.

Turut hadir bersama Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Dan Perlaksaan (ICU JPM)  iaitu Dato' Ahmad Zaki Ansore dan beberapa agensi agensi  kerajaan yang terlibat ke Perasmian Pembukaan Pusat Transit  bagi golongan Gelandangan yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak sebentar tadi.



Sejak mula dibuka pada 10 Februari 2016 pihak Pusat Transit Gelandangan telah menerima kemasukan sebanyak 141 orang dan iaitu 111 orang lelaki dan 20 orang wanita, sumbangan ini telah ditaja oleh pihak PUNB berbentuk wang tunai sebanyak RM20,000,00 bagi menampung kos operasi harian Pusat Transit Gelandangan KL. Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan telah menggubal satu garis panduan berhubung aktiviti penyediaan dan pengagihan dalam pemberian makanan akan dikendalikan oleh pihak NGO NGO di yang sedang bergerak aktif di dalam kawasan Kuala Lumpur. Bagi pihak NGO yang ingin membantu pihak gelandangan ini diwajibkan untuk mendaftar kepada pihak DBKL atau kepada Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya mengelakkan pembaziran berlaku ketika pengagihan makanan.

En Yusuf Azmi bersama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan cuba menceritakan sesuatu kepada Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Seri Haji Hasim berbaju putih dan bersama beliau adalah Datuk Rahimi Rejab Setiausaha Sulit Kanan Kepada YB Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor


Disamping itu juga pihak Kementerian Wilayah Persekutuan mewujudkan satu inisiatif pusat sehenti bagi golongan gelandangan ini supaya golongan gelandangan ini akan memulakan langkah kehidupan baru untuk mereka berusaha mencari peluang perkerjaan dan disamping itu juga mereka dapat menyalurkan perkhidmatan mereka untuk membantu Agensi Agensi Kerajaan mengikut keperluan yang bakal disediakan oleh pihak kerajaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan