GERAKKAN KUASA PENGGUNA SIRI 1 (12.5.2016)

RUANG BICARA : ASPIRASI ANAK MUDA

Ruang Bicara :SEMANGAT AZAM TAHUN BAHARU

Jumaat, 26 Februari 2016

Kunjungan Hormat En Yusuf Azmi Dengan Presiden Perbadanan Putrajaya Dalam Memupuk Kesedaran Perjuangan Anak Muda #yusufazmi #anakmuda


26 / 2 / 2016 - Putrajaya satu Lawatan Kunjungan Hormat dari Unit Tindakan Khas PPIM En Yusuf Azmi selaku Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM ke Perbadanan Putrajaya untuk membuat kunjungan hormat ke atas Datuk Seri Haji Hasim selaku Presiden Perbadanan Putrajaya  bagi mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara pihak Unit Tindakan Khas PPIM bersama Perbadanan Putrajaya. Dalam lawatan tersebut beberapa aktivis PPIM juga turut hadir seperti Datuk Iskandar, Encik Syed Kamarul dan Encik Hisham yang mewakili PPIM bagi membincangkan Program Memupuk Kesedaran Perjuangan Anak Muda yang akan berlangsung tidak lama lagi.


Dalam pertemuan tersebut banyak perkara yang telah dibincangkan oleh Pihak PPIM dengan Perbadanan Putrajaya bagi mengadakan satu Program Jelajah Memupuk Kesedaran Perjuangan Anak Muda yang akan dilakukan di setiap Surau Surau ,Masjid  dan di sekolah sekolah yang berada didalam Kawasan Putrajaya. Dalam Ceramah tersebut En Yusuf Azmi telah mengambil pendekatan untuk mendekati golongan muda ini supaya generasi muda ini tidak terlibat dalam kancah kemaksiatan dan perjudian. Supaya anak muda pada masa kini mempunyai jiwa sebagai seorang pemimpin yang disegani dan kita tidak lagi mahu melihat anak muda pada masa kini hanya menjadi seorang pengikut khususnya kepada orang melayu yang beragama islam mempunyai jiwa sebagai seorang pemimpin yang berkarisma.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan