GERAKKAN KUASA PENGGUNA SIRI 1 (12.5.2016)

RUANG BICARA : ASPIRASI ANAK MUDA

Ruang Bicara :SEMANGAT AZAM TAHUN BAHARU

Sabtu, 20 Februari 2016

Memupuk Kepimpinan Anak Muda Dalam Radio24 Bernama 93.9FM - Yusuf Azmi



17.2.2016 - Memupuk Kepimpinan Anak Muda tetamu radio Bernama24 En Yusuf melihat zaman sekarang dah jauh berbeza dengan dahulu kebanyakan ibubapa lebih kepada kepada mendidik anak supaya menjadi orang yang berguna pada masa hadapan dan begitu juga kebanyakan guru lebih menumpukan kepada mengajar dan bukan nya mendidik dan mereka semuanya datang nya dari sekolah. Sebagai contoh sorang doctor yang mempunyai jiwa yang luar biasa dapat merawat segala penyakit , begitu juga seorang lawyer(Peguam) jadilah yang baik bukan menjadi (Peguam)lawyer buruk dan beliau perlu memastikan rakyat pada masa kini lebih terbela dan memperjuangkan nasib pengguna, Pensyarah juga lebih kepada mengajar sahaja dan kebanyakan pelajar lebih pandai dari pensyarah kebanyakan ibubapa pada zaman ini tidak memberi pendidikan yang sepenuhnya kepada anak anak dan tidak sama pada zaman dahulu. 

Dan pada sekarang para pelajar tidak mendapat didikan yang baik dari guru guru seperti mana pada zaman dahulu yang mana guru guru lebih mendidik melalui penjiwaan sepenuhnya dan kebanyakan guru guru pada zaman sekarang hanya digunakan sebanyak 10% ilmu yang digunakan untuk mengajar. Disini juga kita perlu melihat pada zaman dahulu ibubapa serta guru guru lebih mendidik bagaimana anak muda pada zaman dahulu bagaimana untuk menghormati orang lain serta menjaga hubungan manusia, malah pendidikan ini kurang sepertimana kita juga perlu menjaga hubungan dengan Allah. Dan pada zaman sekarang kita melihat generasi muda kurang mendapat pendidikan baik di sekolah. 

Pemanggil 1: Hj Alias 
Isu yang tengah viral pada masa kini kerajaan sanggup bayar 1.5 juta kemasukan warga Banglades ke Malaysia telah di viralkan kedalam media media social pada masa kini dan kenapa kebanyakan syarikat syarikat di Malaysia kurang menggunakan teknologi yang ada pada zaman sekarang. 

Jawapan dari En Yusuf 
Perlu ada maklumat yang tepat dan sesuatu isu perlu ada maklumat yang betul dan sahih tentang sesuatu pekara, kebanyakan cybertrooper hanya mendengarkan maklumat yang tidak benar dan kebanyakan mereka tidak membuat kajian dan sebar. Pekara begini perlu tahu dan bagi pandangan pemanggil memang betul ada di antara kebanyakan syarikat tidak menggunakan pekerja dari rakyat Malaysia dan mengapa mereka menggunakan warga banglades dan mungkin rakyat Malaysia tidak diberi peluang pekerjaan. Dan pekara ini perlu di lihat semula ramai di kampung kampung perlukan pekerjaan sama ada orang melayu ini tidak diberi peluang pekerjaan atau kurang perkerjaan. 

Dan pada golongan muda jangan lah menggunakan idea yang ke terlaluan untuk mengkritik kerajaan pada hari ini kerana mungkin ada sesetengah pekara yang kerajaan lakukan ada kebenaran yang perlu di ikut dan ada yang tidak benar pun kita terpaksa perlu ikut. Kita tahu sedangkan sesetengah orang hendak memimpin keluarga pun susah, inikan pula manusia yang ingin memimpin Negara . sebab itulah kita perlukan pembangkang kerana dalam setiap organisasi yang ada pembangkang dapat menegur kepimpinan atasan yang melakukankan kesalahan. Dan setiap pemimpin atasan yang betul betul baik adalah pemimpin yang mendengar nasihat dari pihak bawahan dan baru lah menjadi pemimpin yang baik berkhimah. 

Begitu juga setiap ketua jabatan perlu menghargai setiap perkerjaan yang dilakukan oleh setiap apa yang dilakukan oleh pekerja mereka , dan kepada pekerja bawahan perlulah belajar untuk memohon maaf kepada pihak atasan. Kenapa pada masa kini kita perlu menegur masyarakat pada masa kini dengan menegur secara tegas supaya satu titik persamaan dapat sampai ke satu tahap persamaan antara pemimpin dan masyarakat 

Pemanggil 2 : En Mohd Adlan 
1.  Isu halal dan kebanyakan pork free 
2. Isu pihak SPADmenahan lesen pemandu teksi dan semua wang yang ada dalam perjanjian telah diambil oleh pihak SPAD sebagai pengguna apakah tindakan yang harus dilakukan. 

Jawapan : En Yusuf Azmi
Pada zaman kini kita melihat kebanyakan pekerjaan yang dilakukan terlalu mengambil lewa dan tidak tanggungjawab dan tanggungjawab yang diberikan tidak digunakan sebaiknya. Setiap perkerjaan perlu ada keiklasan untuk dan jangan selalu salahkan orang lain. Kepimpinan anak muda sudah berbeza zaman sekarang ini dah mula terjebak dengan pusat hiburan, dadah ,dan minuman keras sebagai . Dan pekara ini boleh merosakan kehidupan masa depan. Dan sebagai anak muda pada zaman kini boleh pergi berhibur dengan cara yang betul sebagai contoh ke pusat karaoke atau menontong wayang dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan