GERAKKAN KUASA PENGGUNA SIRI 1 (12.5.2016)

RUANG BICARA : ASPIRASI ANAK MUDA

Ruang Bicara :SEMANGAT AZAM TAHUN BAHARU

Sabtu, 20 Februari 2016

11/2/16 - PROGRAM MEMUPUK KESEDARAN ANAK MUDA BERSAMA AKTIVIS PPIM, YUSUF AZMI DI SURAU AL-IBROH BANDAR BARU BANGI

Pengarah Unit Tindakan Khas En Yusuf Azmi memberi ceramah di Masjid Al-Ibroh Seksyen 3 Bandar Baru Bangi pada 11 / 2 2016



11 / 2 / 2016 – Ceramah Program memupuk kesedaran anak muda bersama aktivis PPIM yang telah disampaikan oleh Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM En Yusuf Azmi telah mendapat sambutan yang begitu mengalakan dan seramai 60 orang Jemaah surau termasuk aktivis aktivis PPIM yang turut hadir sama dalam ceramah tersebut. Dalam ceramah tersebut En Yusuf Azmi mengatakan rakyat pada masa kini perlukan pembelaan tetapi pada hari ini rakyat Malaysia tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya malah beliau sendiri  telah dimasukkan ke dalam lokap disebabkan berhadapan dengan isu isu semasa apabila ramai rakyat diluar sana tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari pihak yang berkuasa.

Disebabkan pekara tersebut En Yusuf Azmi mengambil pendekatan membuat ceramah secara  " Live " di setiap surau surau untuk bertemu dengan masyarakat yang ada pada masa kini terutamanya kepada kariah surau bagi memberi kesedaran dan pandangan kepada masyarakat tentang apa yang telah berlaku pada masa kini untuk berkongsi tentang isu kepenggunaan dan isu isu semasa. Dalam ceramah tersebut En Yusuf Azmi telah memberi cadangan supaya setiap surau mewujudkan satu Tabung Kemanusiaan untuk membantu masyarakat sekeliling dan beliau berharap Surau Al-Ibroh menjadi surau yang pertama menubuhkan Tabung Kemanusiaan untuk membantu masyarakat yang benar benar perlukan bantuan dan beliau juga berharap Surau Al-Ibroh menjadi surau contoh kepada surau surau atau masjid masjid bagi memainkan peranan lebih kepada membantu masyarakat yang susah tidak kira bangsa apa sekali pun.

Jika peranan ini dapat dilaksanakan mungkin pada hari ini masyarakat kita dapat dibela oleh golongan pengguna yang mana dari golongan marhaien juga tidak perlu lagi bergantung kepada Pusat Zakat atau Baitulmal. Dan En Yusuf Azmi berharap Surau Al Ibroh ini boleh dijadikan contoh kepada surau surau dan masjid yang lain. Selain itu pihak surau atau masjid boleh menanam tanaman yang boleh mendatangkan hasil di kawasan surau atau masjid.


Disamping itu juga En Yusuf Azmi mempersembahkan video tentang aktiviti aktiviti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam Program Memupuk Kesedaran dan Perjuangan Anak Muda, Operasi Ops Benteras Aktiviti Haram saperti Pelacuran, Perjudian, Ops Awang Hitam dan kegiatan Ah Long Ceti Haram, Gores dan Menang dan lain lain. Menurut beliau dalam ceramah tersebut beliau lebih menekankan kepada Fardu Ain dan Fardu Kifayah yang mana kita harus perjuangkan masyarakat pengguna pada hari ini. Khususnya masyarakat pengguna tidak kira bangsa China, India atau Melayu semua perlu dibela tetapi masyarakat pada hari ini di dalam negara sendiri terpaksa membela dirinya masing masing.

En Yusuf Azmi beramah mesra dgn En Muhd Izhar Rosli di surau Al-Ibroh
Jadi hari ini En Yusuf Azmi berkongsi tentang kemahuan dan kehendak yang mana rakyat pada masa kini lebih berkehendak dari apa yang sepatutnya dan pekara ini masyarakat pada masa kini boleh berfikir sendiri tentang pendapatan yang diterima. Kalau pada masa kini rakyat yang diluar sana berbelanja  di luar kemampuan ini bermaksud rakyat itu sendiri gagal merancang dalam setiap apa jua yang dirancang. Jadi dalam ceramah tersebut En Yusuf Azmi ingin menyentuh tentang masyarakat pada masa kini hanya mampu hanya sekadar untuk berbelanja keperluan asas sahaja. Dan beliau juga menafikan serta menolak tomahan yang mana masyarakat diluar mengelarkan aktivis aktivis PPIM sebagai "mafia" atau "gangster" malah beliau serta aktivis aktivis  yang lain membantu masyarakat untuk mendapat pembelaan.

Seramai 50 Kehadiran para jemaah surau bagi mendengar ceramah yang disampai oleh penceramah dari PPIM En Yusuf Azmi 

Pertemuan wartawan dari Utusan Malaysia dengan En Yusuf Azmi

Aktivis aktivis PPIM turut hadir sama dalam 
Program Memupuk  Kesedaran Anak Muda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan